Anda di sini

Gajah mati dengan kesan cedera parah

Advertisement
 Gajah jantan ditemui mati dengan kecederaan di kepala.
RETAK TENGKORAK: Gajah jantan ditemui mati dengan kecederaan di kepala.

KOTA KINABALU: Seekor gajah jantan remaja ditemukan mati dengan kesan kecederaan parah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar Siti Nur’Ain Ampuan Acheh berkata, bangkai gajah terbabit didapati mengalami keretakan di bahagian kiri tengkoraknya.

Katanya, gajah terbabit dipercayai berumur dalam lingkungan lima ke lapan tahun.

“Bangkai gajah itu ditemui pekerja berhampiran kawasan pembalakan terbiar di Hutan Simpan Kuamut pada 19 Julai lepas.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian dan juga bedah siasat dipercayai gajah ini mati sekitar tiga hingga empat hari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, gading gajah terbabit masih kuat dan kecederaan yang dialaminya berkemungkinan akibat pergaduhan dengan gajah yang lebih besar dalam kumpulannya.

Pihaknya turut berterima kasih atas maklumat yang disampaikan oleh pekerja syarikat Rakyat Berjaya Sdn Bhd yang memaklumkan jabatan berhubung penemuan bangkai gajah terbabit.

Advertisement