Anda di sini

​​​​​​​Rumah musnah dalam kebakaran

Advertisement
BOMBA menjalankan pemeriksaan menyeluruh kawasan terbakar untuk memastikan tidak ada bahaya atau ancaman risiko lain di lokasi kejadian.
BOMBA menjalankan pemeriksaan menyeluruh kawasan terbakar untuk memastikan tidak ada bahaya atau ancaman risiko lain di lokasi kejadian.

SEMPORNA: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Bubul Lama di sini, kira-kira jam 12. 45 tengahari tadi, mujur tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melalui Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna mengesahkan kejadian itu.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan PGO JBPM Sabah, kebakaran berkenaan melibatkan kediaman penduduk kampung jenis kekal berkeluasan kira-kira 52X42 kaki.

Panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima PGO JBPM Sabah pada jam 12.53 tengahari sebelum sepasukan bomba diketuai Rosman Gari bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba dengan kekuatan seorang pegawai dan sembilan anggota kemudiannya melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua jentera pemadam selain EMRS.

Pemeriksaan menyeluruh di kawasan terbakar juga dilakukan sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya jam 1.25 petang dan ditamatkan sepenuhnya jam 2.23 petang.
Buat masa ini, bomba masih lagi menjalankan siasatan masih untuk mengesan punca sebenar kejadian, jenis kerosakan dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa.

  • oleh
  • Advertisement