Anda di sini

‘Infiniti’ tamatkan kemarau 10 tahun OAG

Advertisement
 Sesi bergambar bersama Qi Razali, Ammal dan Radhi dari kumpulan OAG pada pelancaran Infiniti di Kuala Lumpur baru-baru ini.  — Gambar Bernama
BERSATU KEMBALI: Sesi bergambar bersama Qi Razali, Ammal dan Radhi dari kumpulan OAG pada pelancaran Infiniti di Kuala Lumpur baru-baru ini. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: OAG kini muncul dengan lagu terbaharunya ‘Infiniti’, sekaligus menamatkan kemarau 10 tahun kumpulan ini yang popular dengan lagu ‘60’s TV’, ‘Slumber’ dan ‘Generasiku’.

Karya terbaharu ini tampak lebih istimewa dan bermakna kerana ia merupakan usaha pertama dalam merakamkan lagu-lagu OAG secara sendiri tanpa melibatkan kerjasama daripada mana-mana penerbit lain.

Segala perancangan akan bergerak di bawah Indiestry Empire yang diusahakan oleh Radhi dan Qi Razali sendiri.

“Saya bangga mendengar nyanyian OAG yang masih segar seperti dahulu,” kata Pengarah Monkey Bone Records, Ahmad Izham Omar pada pelancaran Infiniti di The Coffee Bean & Tea Leaf, MidValley Megamall baru-baru ini.

Antara jenama besar yang turut serta terlibat dalam pelancaran lagu Infiniti adalah Coffe Bean & Tea Leaf, Marshall dan juga Monkey Bone Records yang memberi sokongan dengan menguruskan soal pengedaran secara digital dan fizikal.

PENUBUHAN OAG

OAG yang berusia 25 tahun, ditubuhkan oleh Qi Razali, Radhi, Lam dan Ivan kini kembali dengan usaha terbaharu setelah Qi Razali meninggalkan OAG pada tahun 1999.

Kemasukan Ammal ke kumpulan OAG dilihat secara semula jadi dan dapat memberi sedikit keluasan dari segi penyampaian vokal OAG.

Buat masa ini, OAG yang dianggotai oleh iaitu Radhi, Qi Razali, Ammal dan Ivan akan terus berjuang untuk mengeluarkan karya-karya baharu OAG.

Lagu ‘Infiniti’ ini merupakan single pertama dari EP dan ia bakal dilancarkan pada bulan Ogos atau September nanti.

Single tersebut turut memuatkan lima buah lagu Melayu dan sebuah lagu Inggeris.

‘Infiniti’ adalah kisah cinta dan apakah kesinambungan selepas cinta itu pergi.

“Sesetengah cinta akan terus menyentuh hati orang dan sesetengah cinta akan terus menghasilkan keuntungan kewangan,” kata Radhi dalam nada berseloroh.

— Bernama

Advertisement