Anda di sini

Zainal dan Siti Azliyani wakil Sarawak ke pentas akhir Bintang P.Ramlee

Advertisement
Zainal menyanyikan lagu “Rindu Hati Ku Rindu “ diumumkan juara Bintang P.Ramlee Zon Sarawak 2018.
Zainal menyanyikan lagu “Rindu Hati Ku Rindu “ diumumkan juara Bintang P.Ramlee Zon Sarawak 2018.
Persembahan memukau Siti Azliyani dengan lagunya “Sang Rajuna Hati”.
Persembahan memukau Siti Azliyani dengan lagunya “Sang Rajuna Hati”.
Abang Johari dan Juma’ani merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang dan peserta lain untuk Pertandingan Bintang P.Ramlee dan Wanita Era P.Ramlee Zon Sarawak 2018 di Kuching, malam tadi.
Abang Johari dan Juma’ani merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang dan peserta lain untuk Pertandingan Bintang P.Ramlee dan Wanita Era P.Ramlee Zon Sarawak 2018 di Kuching, malam tadi.

KUCHING: Mendendangkan lagu ‘Rindu Hati Ku Rindu’, peserta berasal dari Kuching, Zainal Bojet dinobatkan sebagai juara pertandingan Bintang P.Ramlee Zon Sarawak 2018 bagi kategori lelaki yang berlangsung di Auditorium P.Ramlee RTM di sini, malam tadi.

Manakala juara bagi kategori Wanita Era P.Ramlee pula dimenangi oleh peserta yang berasal dari Limbang, Siti Azliyani Jasini dengan lagunya ‘Sang Rajuna Hati’.

Kedua-dua mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta piala dan sijil penyertaan.

Zainal dan Siti Azliyani akan digandingkan untuk mewakili Zon Sarawak ke Pertandingan Bintang P.Ramlee ke-17 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, pada 6 Oktober 2018.

Manakala tempat kedua dan ketiga bagi Bintang P.Ramlee kategori lelaki dimenangi oleh Mahathir Zailani dan Ahmady Mohd Spuan. 

Bagi kategori Wanita Era P.Ramlee pula, tempat kedua dan ketiga jatuh kepada Azelina Osman dan Suria Abu Bakar.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kategori lelaki dan wanita masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500 dan RM2,000 beserta piala dan sijil penyertaan

Sementara para peserta lain mendapat hadiah saguhati iaitu wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan sijil penyertaan setiap seorang.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

Seramai dua belas peserta masing-masing enam lelaki dan enam wanita berumur 18 sehingga 45 tahun menyertai pertandingan itu.

  • oleh
  • Advertisement