Anda di sini

‘Grease’ raikan ulang tahun ke-40, kini dalam pementasan teater

Advertisement
 Pengarah AS Randal Kleiser semasa satu sesi bergambar untuk AFP bersama kereta ‘Grease Lightning’, untuk ulang tahun ke-40 filem itu, di  Petersen Automotive Museum di Los Angeles pada 12 Julai lepas. Kereta ‘Grease Lightning’ kini dipamerkan di Petersen Automotive Museum.  — Gambar AFP
40 TAHUN: Pengarah AS Randal Kleiser semasa satu sesi bergambar untuk AFP bersama kereta ‘Grease Lightning’, untuk ulang tahun ke-40 filem itu, di Petersen Automotive Museum di Los Angeles pada 12 Julai lepas. Kereta ‘Grease Lightning’ kini dipamerkan di Petersen Automotive Museum. — Gambar AFP

EMPAT dekad sudah berlalu semenjak geng Rydell High berpusing, menari ‘jive’ dan bernyanyi untuk menawan hati golongan remaja di seluruh dunia – tetapi semua kita masih begitu setia kepada ‘Grease’.

Muzikal klasik itu, yang meraikan ulang tahun ke-40, membawa balik penonton filem ke zaman sekolah tinggi mereka bersama gadis jiran yang baik Sandy (Olivia Newton-John) dan budak nakal yang menjadi ketua T-Bird, Danny (John Travolta).

“Selepas kami selesai membuatnya, kami sebenarnya tidak tahu jenis impak yang ia akan berikan,” kata pembuat filem Randal Kleiser, yang membuat penampilan sulung sebagai pengarah teater sepanjang cetera dengan ‘Grease’, katanya dalam satu temu bual bersama AFP.

“Kami fikir ia akan diterima baik oleh golongan remaja selama satu musim panas atau dua tetapi tidak pernah menyangka, 40 tahun kemudian, bahawa sambutan yang begitu menakjubkan dari seluruh dunia, dan semua peringkat umur, akan berlaku.”

Berdasarkan sebuah muzikal Broadway yang popular mengenai hubungan cinta para pelajar sekolah tinggi pada zaman 1950an, penggambarannya dibuat dalam masa dua bulan di LA dengan bajet AS$6 juta, dan pada mulanya diselar oleh ramai pengkritik.

Tetapi pada akhirnya ia mengaut hampir AS$400 juta dan merupakan muzikal filem aksi hidup paling berjaya sepanjang zaman sebelum ‘Mamma Mia!’ 30 tahun kemudian.

Apabila Kleiser memilih pasangan utamanya, Travolta sudah membuat penggambaran bagi filem ‘Saturday Night Fever’ tetapi ia belum lagi dikeluarkan – dan dia pada umumnya dikenali sebagai pemuda yang menjadi pujaan ramai dari komedi situasi ABC ‘Welcome Back, Kotter’.

Newton-John merupakan seorang bintang muzik pop, dengan beberapa rekod yang begitu popular.

- Lirik gelap -

“John dan saya mahukan Olivia dan dia ragu-ragu kerana dia telah membuat sebuah filem yang tidak berjaya di England, sebuah filem sains fiksyen, dan dia fikir dia mungkin terlalu tua sedikit untuk berlakon bersamanya,” kata Kleiser, yang merujuk kepada ‘Toomorrow’ (1970).

“Dia meminta ujian skrin dan kami melakukannya. John dan saya melayannya seperti seorang adik, memberikan segala galakan kepadanya, dan ia berkesan.”

Travolta dan Newton-John kekal sebagai rakan karib selama berdekad-dekad, berlakon bersama sekali lagi dalam ‘Two of a Kind’ pada 1983, yang gagal menurut apa jua ukuran, dan bersatu semula pada 2012 untuk membuat sebuah album Natal.

Mereka menghantar teks pesanan kepada satu sama lain dan menyokong satu sama lain pada waktu gelap, termasuk kematian anak lelaki Travolta pada 2009 dan kanser payudara Newton-John selepas dia berjaya mengatasinya pada tahun 1990an.

Kleiser memberitahu AFP, walaupun dia pernah bertemu dengan bintang-bintangnya secara berasingan selama ini, perhimpunan ulang tahun di akademi filem di Los Angeles pada bulan lepas merupakan pertemuan semula sepenuhnya yang pertama bagi trio itu.

Pengarah itu membuat filem-filem lain selepas ‘Grease’ – paling menarik sekali ‘The Flight of the Navigator’ (1986) – tetapi tarikan filem blockbuster studio besar hilang sinarnya dan dia meninggalkan sistem Hollywood pada tahun 1990an.

Dalam satu wawancara yang meluas, dia bercakap mengenai kekecewaannya dengan lirik Barry Gibb untuk lagu tajuk ikonik yang dinyanyikan oleh Frankie Valli, yang pada pendapatnya menyampaikan nada gelap yang janggal.

Kleiser membawa Gibb ke tepi dan ia nampaknya kumpulan Bee Gee tidak tahu apa-apa mengenai filem itu, lakon layarnya atau pementasannya – dan berpendapat perkataan ‘Grease’ tidak munasabah.

- Zaman yang lebih polos -

“Saya bercakap dengannya untuk menukar lirik. Saya kata, ‘Tema serius tidak ada dalam filem itu’ dan dia berkata, ‘Kalau begitu kenapa anda tidak membuat adegan yang serius supaya lirik itu akan berjaya?’”

Kleiser percaya populariti filem itu yang lama dapat dikaitkan dengan temanya yang bersifat sejagat, keserasian di antara para pelakon utama dan tarikannya kepada nostalgia kita bagi zaman yang lebih polos “di mana serangan pengganas atau serangan tembakan tidak ada”.

“Semua itu bergabung dengan sempurna dan menyentuh jiwa awam,” katanya.

Travolta menjadi bintang global dan kemuncak kariernya pada tahun-tahun berikutnya – lebih 30 buah filem yang lain – tidak perlu diadakan raptai.

Selepas menyepi pada zaman 1980an, dia menjalani kebangkitan yang dicetuskan oleh satu penampilan dalam adikarya Quentin Tarantino pada 1994 ‘Pulp Fiction’ yang menjadikannya seorang ikon bagi seluruh generasi baharu.

Newton-John mene-ruskan karier muziknya dan seterusnya muncul dalam ‘Xanadu’ (1980) dan ‘Two of a Kind’ (1983).

Dia memberitahu dia masih menyimpan seluar pantang hitam ketat yang dia pakai dalam ‘Grease’.

Kleiser masih menghadiri tayangan filem tetapi berkata dia lebih suka sekarang untuk melihat audiens mengalami dan menikmati pencapaiannya yang terunggul.

“Saya melihat begitu banyak kecacatan di dalamnya tetapi saya rasa kecacatan itu adalah sebahagian daripada tarikan ‘Grease’ – hakikat bahawa ia mempunyai rasa kasar,” katanya kepada AFP.

“Ia sebenarnya tidak licik – segalanya tidak sempurna – dan saya rasa ia menambah kepada rasanya.” — AFP

Advertisement