Anda di sini

SMK Kidurong dan SK St Augustine johan Pertandingan Bicara Berirama

Advertisement
 Kong (lima kanan) menyampaikan trofi kepada SMK Kidurong yang muncul johan kategori sekolah menengah Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Sarawak 2018.
KAMI JUARA: Kong (lima kanan) menyampaikan trofi kepada SMK Kidurong yang muncul johan kategori sekolah menengah Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Sarawak 2018.
 SK St Augustine, Betong dinobatkan johan kategori sekolah rendah Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Sarawak 2018.
WAKIL SARAWAK: SK St Augustine, Betong dinobatkan johan kategori sekolah rendah Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Sarawak 2018.

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong, Bintulu dan Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine, Betong masing-masing dinobatkan sebagai johan kategori sekolah menengah dan sekolah rendah pada Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri 2018 di Dewan Wawasan SMK Sungai Merah kelmarin.

Kemenangan diperolehi itu melayakkan SMK Kidurong dan SK St Augustine mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur.

Bagi kategori sekolah menengah, naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang SMK Pakan dan SMK Kapit.

Anugerah Konduktor Terbaik dan Anugerah Skrip Terbaik dimenangi SMK Tiong Hin, Sibu bagi kategori sekolah menengah.

Sebanyak lapan sekolah menengah menyertai pertandingan itu ialah SMK Tiong Hin mewakili daerah Sibu, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (Miri), SMK St Anthony (Sarikei), SMK Kidurong (Bintulu), SMK Saratok (Saratok), SMK Hulu Balingian (Selangau), SMK Pakan (Julau) dan SMK Kapit (Kapit).

Sementara itu, naib johan kategori sekolah rendah disandang SK Hulu Ranan, Kanowit dan SK St Anthony, Bintulu memenangi tempat ketiga.

Anugerah Konduktor Terbaik kategori sekolah rendah dimenangi SK Nanga Babai, Julau dan SK Hulu Ranan, Kanowit memenangi Anugerah Skrip Terbaik.

Sebanyak 12 sekolah rendah mengambil bahagian iaitu SK SEDC (Sibu), SK Sarikei (Sarikei), SK St Anthony (Bintulu), SK Abang Abdul Rahman (Saratok), SK Penghulu Imban (Selangau), SK Nanga Babai (Julau), SK Methodist (Kapit), SK Hulu Ranan (Kanowit), SK St Augustine (Betong), SK Hijrah Badong (Daro), SK Mukah (Mukah) dan SK Abang Amin (Meradong).

Pertandingan dua hari bermula 18 dan 19 Julai lalu menyaksikan seramai 660 pelajar dari 12 sekolah rendah dan lapan sekolah rendah menyertainya.

Pertandingan tersebut kelolaan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, SMK Sungai Merah dan SK St Rita meningkatkan tahap penggunaan dan penguasaan bahasa Malaysia kalangan pelajar sekolah di Sarawak.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Sibu, Kong Chiong Hui.

Hadir sama Penyelia Unit Kokurikulum PPD Sibu Inggol Utek, Pengetua SMK Sungai Merah Wong Siew Ling, Guru Besar SK St Rita, Su Siong King dan Pegawai Penerangan Bahagian Sibu/Mukah, Ivy Stephen Sekai.

Advertisement