Anda di sini

‘Samarahan Bike Challenge 2018’ mendapat sambutan menggalakkan

Advertisement
 Peserta ‘Samarahan Bike Challenge 2018’ gigih mengayuh basikal mereka untuk memburu tempat pertama.
GIGIH: Peserta ‘Samarahan Bike Challenge 2018’ gigih mengayuh basikal mereka untuk memburu tempat pertama.
 Peserta mendengar taklimat peraturan kejohanan sebelum perlumbaan dimulakan. (Gambar kiri)
JELAS: Peserta mendengar taklimat peraturan kejohanan sebelum perlumbaan dimulakan. (Gambar kiri)
 Gelagat orang ramai yang mengunjungi ruang pameran. (Gambar kiri)
MESRA: Gelagat orang ramai yang mengunjungi ruang pameran. (Gambar kiri)
 Daus AF menghiburkan pengunjung ‘Samarahan Bike Challenge 2018’.
HIBUR: Daus AF menghiburkan pengunjung ‘Samarahan Bike Challenge 2018’.
 Abdul Karim menyampaikan sijil penghargaan kepada Angkatan Tentera Darat Malaysia yang menyertai pameran sempena ‘Samarahan Bike Challenge 2018’.
TERIMA KASIH: Abdul Karim menyampaikan sijil penghargaan kepada Angkatan Tentera Darat Malaysia yang menyertai pameran sempena ‘Samarahan Bike Challenge 2018’.

KEJOHANAN Berbasikal Samarahan atau ‘Samarahan Bike Challenge 2018’ yang merupakan penganjuran kali kelima di Pusat Beli-Belah Summer terus mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta tempatan dan luar.

Malah, acara tahunan yang menjadi aktiviti pelancongan di Samarahan itu turut mendapat sambutan daripada pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan Semenanjung mahupun dari negara jiran.

Selain acara berbasikal, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, megathon, senamrobik, pameran agensi dan jabatan kerajaan serta persembahan daripada artis tempatan, Daus Af dan Azie.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Pusat Beli-Belah Summer.

  • oleh
  • Advertisement