Anda di sini

Rakyat diajak hayati, fahami erti sebenar Hari Sarawak

Advertisement
 Lo (tengah) ditemani Then dan tetamu lain bersama-sama mengibarkan bendera Sarawak di Kuching Sentral semalam.
SEMARAKAN KEMERDEKAAN: Lo (tengah) ditemani Then dan tetamu lain bersama-sama mengibarkan bendera Sarawak di Kuching Sentral semalam.

KUCHING: Rakyat di negeri ini diajak untuk menghayati dan memahami erti sebenar sambutan Hari Sarawak yang dirai setiap 22 Julai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, tarikh keramat itu perlu diingat dan difahami seluruh lapisan rakyat Sarawak.

“22 Julai ni adalah hari terpenting buat kita di Sarawak kerana ia adalah Hari Kemerdekaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak telah mengumumkan 22 Julai ini sebagai cuti umum di Sarawak kerana kita semua maklum kita meraih kemerdekaan pada tarikh tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengibaran bendera Sarawak sempena Hari Sarawak anjuran Kelab Kebudayaan Fizikal Ho Soon di Kuching Sentral di sini, semalam.

Sehubungan itu, Lo memberitahu bagi menyema-rakkan lagi sambutan Hari Sarawak, rakyat harus bersama-sama mengibarkan bendera Sarawak di kediaman, kereta mahupun di pejabat masing-masing.

Malah katanya, pada tahun ini, kerajaan Sarawak menganjurkan beberapa siri acara sempena sambutan Hari Sarawak.

“Saya mengucapkan ribu-an terima kasih kepada Ho Soon kerana memberi sokongan padu dalam me-nganjurkan majlis pengi-baran bendera ini setiap tahun,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap penganjuran program seumpama itu dapat menanam rasa cintakan Sarawak dalam diri setiap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Pada masa sama, beliau menyeru agar suasana perpaduan dan semangat bersatu rakyat Sarawak dapat terus dikekalkan dan dipelihara sebaik-baiknya.

Terdahulu, Pengerusi Ho Soon, Then Shui Ted berharap kerajaan Sarawak tidak hanya memperjuangkan hak-hak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sahaja tetapi juga memperbetulkan fakta sejarah tentang Sarawak di negara ini.

Menurutnya, ia penting agar rakyat mengetahui sejarah sebenar tentang peristiwa penting tanah air mereka.

“Saya mengucapkan terima kasih dengan sokongan semua pihak bagi menjaya-kan majlis kita pada hari ini (semalam) dan bersama-sama mempromosikan Hari Sarawak kepada penduduk di sekitar bandar raya ini,” ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement