Anda di sini

Penunjuk perasaan ‘serang’ patung Chiang Kai-shek

Advertisement
 Kulit telur dan cat merah dilihat pada patung di dewan peringatan Chiang Kai-shek di Taipei semalam. — Gambar AFP
JADI SASARAN: Kulit telur dan cat merah dilihat pada patung di dewan peringatan Chiang Kai-shek di Taipei semalam. — Gambar AFP

TAIPEI: Penunjuk perasaan melontar kulit telur yang diisi dengan cat merah ke arah sebuah patung bekas pemimpin Chiang Kai-shek di salah satu tanda mercu paling dikenali di Taiwan semalam, tatkala pulau itu bergelut dengan masa silamnya yang autoritarian.

Dewan peringatan Chiang Kai-shek yang besar itu di ibu kota Taipei merupakan sebuah tarikan pelancong yang popular dan patung tembaga duduk setinggi 6.3 meter itu merupakan hiasan utamanya.

Polis berkata dua orang ditahan selepas arca itu dicemari dengan cat merah dan kulit telur dibuang di sekeliling dasarnya.

Chiang dianggap ramai sebagai simbol bagi rejim tentera kejam yang membunuh ribuan penentang sehingga kematiannya pada 1975 dan ia bukan kali pertama patungnya telah diserang.

Bagi ramai anak muda di pulau itu, Chiang juga sino-nim dengan pemerintahan kuku besi yang warga Taiwan yang was-was sekarang samakan dengan tanah besar China, yang masih menganggap pulau yang memerintah diri itu sebagai sebahagian daripada negaranya.

“Biarlah cat merah yang melambangkan darah mangsa sekali lagi mengalir di atas tugu yang mengarut ini,” kumpulan yang menganjur-kan protes itu menyebut dalam satu kenyataan di Facebook.

Mereka menuntut agar semua relik Chiang dialih, termasuk makamnya.

Chiang dan tentera nasio-nalis Kuomintang lari dari tanah besar ke Taiwan pada 1949 selepas mereka tewas kepada tentera komunis dalam perang saudara.

Walaupun Taiwan pada hari ini merupakan sebuah demokrasi sepenuhnya, ia hanya pada Disember bahawa rang undang-undang diluluskan untuk menangani legasi ketidakadilan di bawah Chiang.

Ia termasuk seruan agar jalan dan sekolah dengan nama yang memperingati Chiang ditukar dan patungnya diturunkan.

Perbincangan juga sedang diadakan mengenai sama ada dewan peringatan Chiang Kai-shek harus diberi tujuan baharu ataupun tidak, selepas saudara-mara mangsa berkata ia hanya bertindak sebagai peringatan yang menyakit-kan.

Sekumpulan aktivis yang kebanyakannya muda me-nyimbah cat merah ke atas makam Chiang pada Februari lalu, pada ulang tahun ke-71 pembunuhan ramai penunjuk perasaan yang kejam oleh Kuomintang yang mendahului pembersihan politik selama berdekad-dekad.

Seramai 10 orang didakwa dalam insiden itu dan dibawa ke mahkamah lewat semalam untuk hari pertama perbi-caraan.

Bagaimanapun masih ramai orang di Taiwan yang masih menyanjungi Chiang sebagai seorang wira kerana mengetuai tenteranya ketika menentang tentera komunis dan memerangi Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Kerajaan membentuk sebuah suruhanjaya pada Mei lalu untuk menjalankan siasatan sepenuhnya ke atas zaman penindasan di Taiwan, dan menuntut keadilan serta memberi ganti rugi kepada mereka yang ditindas dengan salah. — AFP

Advertisement