Anda di sini

Orang awam berjaya Patah cubaan ragut

Advertisement
 Peragut ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.
TUMPAS: Peragut ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

MIRI: Niat seorang peragut untuk meragut seorang wanita tidak kesampaian apabila berjaya dihalang dan ditangkap orang awam dalam kejadian di Pusat Komersial Boulevard di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek lelaki berusia 20-an yang menunggang sebuah motosikal dipercayai meragut wanita terbabit yang sedang berjalan dari sebuah pusat beli-belah ke premis kerjanya.

Difahamkan, mangsa cuba menahan begnya daripada diragut, namun dalam pergelutan itu mangsa telah terjatuh dan rambutnya tersangkut pada rantai motosikal suspek.

Orang awam di tempat kejadian kemudiannya dengan pantas menahan suspek daripada melarikan diri.

Mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke hospital oleh majikannya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Suspek terbabit dibawa ke Balai Polis Pusat Miri oleh anggota kereta peronda polis (MPV) untuk tindakan lanjut.

Advertisement