Anda di sini

Kuching City Open Dart Championship sebagai produk pelancongan: DBKU

Advertisement
 Juma’ni diberi penghormatan memulakan tikaman sambil diperhatikan Abang Abdul Wahap (kiri) di Kuching semalam.
RASMI: Juma’ni diberi penghormatan memulakan tikaman sambil diperhatikan Abang Abdul Wahap (kiri) di Kuching semalam.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menjadikan acara tahunan, Kuching City Open Dart Championship sebagai produk pelancongan sukan negeri ini.

Ini disuarakan oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai selepas melihat sambutan menggalakkan terhadap penganjuran Kuching City Open 2018 (KCO2018) Dart Championship berlangsung dari 20 hingga 22 Julai di Pusat Beli-Belah Hills di sini.

Menurut Abang Wahap, KCO2018 diangkat sebagai kejohanan antarabangsa kerana berjaya menarik penyertaan peserta dari negara-negara luar seperti Filipina dan Brunei Darussalam termasuk dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan seluruh Sarawak.

“KCO2018 mempunyai peminat sendiri dan setiap tahun penyertaan semakin bertambah. Ia semakin popular kerana turut mendapat tempat kalangan peminat dari dalam dan luar negeri.

“Disebabkan itu, bermula tahun ini kita bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menjadikan kejohanan ini sebagai satu acara pelancongan sukan,” katanya berucap semasa perasmian KCO2018 di sini semalam.

Menurut beliau, sejumlah 54 pasukan melibatkan lebih 300 peserta menyertai kejohanan edisi ketiga itu.

Ia mempertandingkan lima kategori iaitu Team Event, Second Chance Event, Men Single Open, Ladies Single Open dan Ladies Double Open.

Katanya, bagi menjadikan lebih menarik penganjur turut membuka kategori untuk peserta dari Persatuan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Pada tahun ini, hadiah wang tunai berjumlah keseluruhan RM27,300 ditawarkan kepada pemenang termasuk trofi dan medal.

Hadir sama pada majlis perasmian semalam isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Juma’ni Tuanku Bujang dan beberapa isteri menteri-menteri dari SABATI.

Advertisement