Anda di sini

BPHB sumbang dua televisyen plasma 43 inci kepada SK Tatau

Advertisement
 Maslihah (enam kiri) menyampaikan sumbangan televisyen kepada Janudin sambil disaksikan yang lain.
TERIMA KASIH: Maslihah (enam kiri) menyampaikan sumbangan televisyen kepada Janudin sambil disaksikan yang lain.

TATAU: Berikutan terpilih sebagai sekolah perintis Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau menerima sokongan baik daripada syarikat korporat.

Semalam, Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyumbang dua televisyen plasma 43 inci membantu bidang pengajaran dan pembelajaran guru-guru serta murid-murid sekolah itu.

Sumbangan itu disampai-kan oleh Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB, Maslihah Tioh kepada Guru Besar SK Tatau, Janudin Ab Rahman.

Maslihah berkata, BPHB sebagai operator pengendalian Pelabuhan Bintulu yang terbesar di negara ini dengan 1,500 kakitangan menjalankan banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sekolah-sekolah dan masyarakat setempat.

“Sumbangan dua televisyen kepada SK Tatau adalah antara sebahagian aktiviti CSR dengan harapan dapat membantu memajukan sekolah itu pada program TS25,” katanya.

Justeru, beliau berharap para guru terus mendidik murid-murid dengan penuh komited mampu menjadi ahli masyarakat berguna bukan sahaja untuk diri mereka dan keluarga serta negara.

Janudin berkata, televisyen disumbangkan itu digunakan dengan sebaik-baiknya dalam proses pengajaran dalam bilik darjah sesuai dengan aktiviti pembelajaran abad ke-21.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada BPHB atas sumbangan itu, beliau memaklumkan pihaknya sebenarnya memerlukan 12 televisyen di sekolah itu yang mempunyai 12 kelas.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tatau, Penghulu Sanok Mangai turut berterima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh BPHB itu.

Beliau berharap, BPHB dapat membantu pada masa akan datang dalam bentuk lain seperti menyumbang kerusi meja yang sudah uzur termasuk pembaikan tandas murid.

Hadir sama Kaunselor Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Evelyn Eba Nompang, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau Calvin Ligong, Ketua Kaum Kampung Baru Tatau Ahmad Mokhtar, Naib Yang Dipertua PIBG SK Tatau Danielson Tajak, Pengerusi Kumpulan Soko-ngan Ibu Bapa SK Tatau Halina Yahya, pengurus-pengurus dan eksekutif BPHB serta guru-guru kanan SK Tatau.

 
Advertisement