Anda di sini

Bot pelancong karam akibat ribut, lapan maut

Advertisement
 Gambar rakaman Ron Folsom yang diperolehi daripada media sosial menunjukkan bot pelancong di Table Rock Lake                  di Branson, Missouri kelmarin. — Gambar Reuters
KARAM: Gambar rakaman Ron Folsom yang diperolehi daripada media sosial menunjukkan bot pelancong di Table Rock Lake di Branson, Missouri kelmarin. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Sebuah bot pelancong terbalik dan karam kelmarin semasa ribut kuat di sebuah tasik di Missouri, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang, kata syerif tempatan.

Seramai tujuh lagi dima-sukkan ke hospital dan sejumlah yang tidak diketahui hilang selepas kemalangan di Table Rock Lake, Syerif Stone County Doug Rader memberitahu satu sidang media.

Beberapa penyelam berada di dalam air sedang mencari mereka, ujarnya.

Rader berkata 31 orang telah menaiki bot itu, dikenali sebagai bot itik kerana ia mempunyai tayar yang membolehkan ia bergerak di atas darat juga.

Tasik buatan manusia itu merupakan sebuah tarikan pelancong yang terkenal terletak di selatan Missouri di sempadan Arkansas. — AFP

Advertisement