Anda di sini

Sabah gembira 20 peratus royalti

Advertisement
SHAFIE.
SHAFIE.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menyambut baik pengumuman kerajaan persekutuan yang akan menyediakan 20 peratus royalti kepada negeri-negeri yang menghasilkan petroleum di negara ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi jaminan itu pada Khamis, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Hj Apdal berkata ia merupakan petanda bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil berat terhadap hak-hak Sabah, justeru pengumuman itu datang sebagai berita yang sangat baik untuk semua rakyat Sabah.

"Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kita sangat bersyukur. Ini adalah berita baik untuk kita di Sabah. Ini adalah janji yang dipenuhi dalam masa 100 hari dan langkah yang sangat positif," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Presiden Parti Warisan Sabah itu menegaskan bahawa permintaan 20 peratus royalti minyak adalah sebahagian daripada manifesto parti  itu dan janji pilihan raya dibuat bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan (PH).

"Ini adalah satu gambaran yang jelas bahawa kerajaan baru di Malaysia dan Sabah serius dalam memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.

"Kerajaan yang dipimpin oleh Warisan akan terus bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak autonomi untuk Sabah sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.

TANGAU.
TANGAU.

Tun Mahathir mengingatkan negeri-negeri penerima menggunakan royalti itu untuk kebaikan negeri masing-masing dan tidak menyalahgunakannya untuk memperkuat parti politik dan untuk tujuan lain.

"Saya boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa setiap usaha akan dilakukan untuk memastikan hasil tambahan akan digunakan untuk faedah rakyat di Sabah," kata Shafie.

Ketua Menteri berkata, tidak seperti kerajaan Barisan sebelumnya, pentadbiran yang diketuai oleh Warisan adalah komited sepenuhnya untuk meningkatkan Sabah ke tahap yang lebih tinggi dan bukan untuk memperluaskan tabung peribadi.

Sabah telah meminta royalti minyak untuk dinaikkan dari 5 peratus hingga 20 peratus selama bertahun-tahun tetapi tidak berjaya.

"Ia adalah sebuah kerajaan persekutuan baru di bawah Pakatan Harapan yang akhirnya menunaikan permintaan itu dan sudah tentu rakyat Sabah menyambutnya dengan penuh gembira," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadasazdusdun Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau turut bersemangat dengan pengumuman itu dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri.

"Ini sunguh hebat kerana ia sangat diharap dan diingin rakyat sejak sekian lama oleh rakyat Sabah. Pendapatan tambahan ini akan menjadi rangsangan utama kepada pertumbuhan ekonomi Sabah dan ini akan menjadi lebih baik bagi rakyat negeri ini, "katanya.

  • oleh
  • Advertisement