Anda di sini

Penjawat awam bersalah benarkan migran haram di dalam premis

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pindaan membenarkan seorang wanita migran haram berada di dalam premisnya.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Nizam, 41, yang diwakili peguam Aida Jaafar Mat Ariff, selepas perbicaraan penuh dijalankan.

Tertuduh dibebaskan dan dilepaskan atas pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Semasa menyampaikan penghakiman itu, Azreena menyatakan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati bahawa tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 55 E (1) Akta Imigresen 1959/63, kerana membenarkan seorang migran haram berada di dalam premisnya.

Iaitu membenarkan wanita berusia 27 tahun terbabit, berada di dalam rumahnya, antara April hingga November 2017, di Lorong Ujana 1, Taman Ujana King Fisher, di sini.

Hukuman yang diperuntukkan, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan, atau kedua-duanya untuk setiap migran haram.

Azreena menetapkan pada 14 Ogos untuk rayuan dan jatuh hukum terhadap tertuduh, apabila membenarkan permohonan daripada Aida untuk diberikan tempoh.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil sembilan saksi, manakala dua saksi daripada pihak pembelaan memberikan keterangan.

  • oleh
  • Advertisement