Anda di sini

Lelaki warga asing ditahan miliki syabu

Advertisement
 

PENAMPANG: Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dua paket dadah jenis syabu di Jalan Bundusan di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Suprintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, polis menahan suspek berusia 23 tahun yang sedang menunggang sebuah motosikal di hadapan sebuah pasaraya Jalan Bundusan.

"Hasil pemeriksaan terhadap suspek berjaya merampas dua paket plastik lutsinar berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama barang rampasan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, " katanya.

  • oleh
  • Advertisement