Anda di sini

KPKAS sambut baik cadangan AirAsia buka semula Terminal KKIA2

Advertisement
CHRISTINA LIEW

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KPKAS) Sabah mengalu-alukan cadangan AirAsia untuk membuka semula Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu II (KKIA2) jika ia dapat meningkatkan pelancongan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew berkata ia adalah cadangan yang baik, terutama jika ia benar-benar dapat membawa lima juta pelancong seperti yang diunjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes.

"Saya mengalu-alukan cadangan ini, lagipun kita membuka Sabah untuk lebih banyak aktiviti pelancongan jadi jika dengan membuka semula KKIA2 kita boleh menjana angka itu, saya mengalu-alukannya," katanya.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, mengakui bahawa perkara-perkara teknikal dan pentadbiran mesti sepatutnya diambil kira oleh kementerian yang berkaitan, tetapi mengesahkan bahawa ia adalah idea yang `terpuji'.

Tony dalam satu sidang akhbar pada Khamis berkata AirAsia bersedia untuk pembukaan semula KKIA2 dan yakin ia dapat menjana hampir dua kali ganda jumlah pelancong yang kini membawa syarikat penerbangan ke Sabah.

Beliau juga berkata lapangan terbang itu boleh dibuka semula dalam masa enam bulan atau kurang, dengan anggaran bajet RM20 juta untuk pembukaan semula dan pembaikiannya.

  • oleh
  • Advertisement