Anda di sini

JTK periksa 3,345 majikan di Sabah

Advertisement
 KAMAL ditemui media semasa JTK Sabah mengadakan Ops Patuh Tawau di Bandar Tawau hari ini.
KAMAL ditemui media semasa JTK Sabah mengadakan Ops Patuh Tawau di Bandar Tawau hari ini.

TAWAU: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah sudah melaksanakan pemeriksaan berkanun terhadap 3, 345 majikan di seluruh negeri antara tempoh Januari sehingga Jun tahun ini.

Lawatan atau pemeriksaan itu dijalankan dari masa ke semasa ke tempat pekerjaan untuk memastikan majikan mematuhi dan melaksanakan undang-undang berkaitan perburuhan.

Pengarah JTK Sabah Kamal Pardi berkata daripada 3,345 majikan itu, tujuh majikan sudah didakwa di Mahkamah Majistret melibatkan hukuman denda sebanyak RM18, 600.

“Kita juga sudah menjalankan sebanyak 141 operasi yang membabitkan pemeriksaan terhadap 599 premis perniagaan di seluruh negeri untuk tempoh serupa,” katanya.

Kamal berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui sempena pelaksanaan Ops Patuh Tawau yang melibatkan seramai 45 anggota JTK Sabah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, 157 kertas siasatan dibuka merangkumi pelbagai kesalahan, misalnya, berkaitan Ordinan Buruh Sabah Bab 67 atau Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

“Menerusi Ops Patuh Tawau yang diadakan pada hari ini (Jumaat) pula, sebanyak 45 premis dilawat untuk pemeriksaan dan 23 notis pematuhan dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, operasi yang turut diadakan ke ladang-ladang juga dibuat untuk melihat jika majikan memberikan faedah-faedah kepada pekerja sesuai peruntukan akta sedia ada.

  • oleh
  • Advertisement