Anda di sini

Dua lagi kediaman musnah terbakar

Advertisement
DUA lagi kediaman penduduk di daerah Tawau musnah dalam kebakaran, kali ini kejadian berlaku di Taman Semarak.
DUA lagi kediaman penduduk di daerah Tawau musnah dalam kebakaran, kali ini kejadian berlaku di Taman Semarak.

TAWAU: Dua lagi kediaman penduduk di daerah ini musnah akibat kebakaran di Taman Semarak, selang sehari selepas insiden sama melanda sebuah rumah di Kg Jawa di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau menerima aduan pada jam 5.51 pagi tadi.

Menurut Ketua Operasi Alipoldo Timbang, kebakaran yang berlaku melibatkan dua rumah teres dua tingkat jenis kekal dengan keluasan 14X22 kaki untuk setiap rumah.

Seramai 15 pegawai dan anggota bomba digerakkan untuk memadam kebakaran di lokasi kejadian dan api berjaya dikawal pada jam 6.34 pagi sebelum ditamatkan jam 7.22 pagi.

Dalam kejadian terbabit, tidak ada sebarang kes kecederaan atau kematian dilaporkan dan siasatan berhubung punca kejadian, jenis kerosakan dan jumlah kerugian masih berjalan.

Terdahulu, sebuah kediaman penduduk jenis separuh kekal berukuran 70X40 di Kg Jawa dilaporkan musnah dalam kebakaran yang berlaku pada kira-kira jam 10 pagi Khamis.

  • oleh
  • Advertisement