Anda di sini

Tawaran caruman KWSP suri rumah hanya untuk isteri pertama: TPM

Advertisement
 Wan Azizah hadir bagi Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
HADIR: Wan Azizah hadir bagi Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah hanya tertakluk kepada isteri pertama sahaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ma-syarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sumbangan kerajaan itu tidak akan dilanjutkan kepada isteri kedua, ketiga atau keempat sekiranya berlaku perkahwinan poligami.

“Itu tanggungjawab suami, kita akan bagi kepada isteri pertama sahaja...kalau mereka (lelaki) kahwin lebih daripada satu, mereka kena tanggung sendiri buat isteri lain bukan tugas itu diserah-kan kepada kerajaan.

“Inisiatif membantu persediaan perlindungan masa depan isteri dan caruman ini dijangka dapat jadi tabungan bagi siapkan suri rumah menghadapi apa-apa kemungkinan yang tidak diingini untuk teruskan kelangsungan hidup,” katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Ghazali (PAS - Kuala Nerus) yang ingin tahu berkenaan pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, memorandum mengenai skim itu sudah siap dan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Skim tersebut adalah antara tawaran manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, dijangka bermula dengan sumbangan sukarela yang kemudiannya akan diwajibkan setelah pindaan kepada Akta KWSP dan Pertubuhan Ke-selamatan Sosial (PERKESO) dilaksana. — Bernama

Advertisement