Anda di sini

SugarBun tawar promosi ‘Mission Finpossible’ di semua cawangan

Advertisement
 Kakiangan SugarBun memegang hidangan promosi Mission Finpossible.
PROMOSI: Kakiangan SugarBun memegang hidangan promosi Mission Finpossible.

KUCHING: Restoran francais Sarawak, SugarBun menawarkan promosi ‘Mission Finpossible’ dengan ‘misi: makan’ di semua cawangan di seluruh negara, bermula 16 Julai sehingga 15 Ogos ini.

Promosi itu merangkumi burger ikan, menu ikan dan nasi dan juga hidangan ikan serta ayam dan nasi dengan harga bermula RM6.99.

Kempen itu adalah bagi meraikan burger ikan klasik SugarBun serta pada masa sama, meningkatkan kesedaran mengenai produk berkait dengan pati ikan.

SugarBun juga akan memberi tiket wayang Golden Screen Cinemas (GSC) di laman media sosial rasminya dan orang ramai boleh mengikuti Facebook: SugarBun Restaurant dan Instagram: @sugarbun_restaurant_officia1 untuk mendapatkan maklumat terkini.

SugarBun adalah jenama terkemuka untuk Restoran Servis Segera di Malaysia Timur.

Daripada hanya menyediakan ais krim pada 1979, restoran itu mempelbagaikan menu ke produk makanan Barat, Asia dan Borneo.

Sehingga kini, kumpulan restoran telah membuka 92 buah cawangan francais di seluruh dunia.

Restoran itu merangkumi SugarBun, Borneo Asian Food by SB, Broasted by SB, Aunty Franklee Melbourne dan Roasted by Tong Meng. Kumpulan itu juga pemberi lesen induk di Malaysia Timur untuk Pezzo dengan 44 cawangan.

Sementara itu, Borneo Asian Food by SugarBun mempelawa semua warga Sarawak untuk menikmati diskaun 22 peratus pada hidangan terpilih di semua cawangannya bermula 22 hingga 25 Julai.

Setakat ini, Borneo Asian Food terletak di Wisma SugarBun Kuching, Plaza Shell Kota Kinabalu, Menara Hap Seng Kuala Lumpur, Melawati Mall Petaling Jaya dan Seri Alam Johor.

“Kita dari SugarBun mahu memberi ganjaran kepada semua warga Sarawak. Ia memberi peluang kepada warga Sarawak untuk berkumpul di restoran yang dari Sarawak dan berkongsi hari gembira dengan kawan-kawan dan keluarga, terutama penduduk Sarawak yang tinggal di Sabah dan Semenanjung Malaysia,” kata seorang wakil Borneo Asian Food.

Mengenai syarat dan terma, beliau berkata hanya satu kad pengenalan Sarawak diperlukan untuk ditunjukkan bagi melayakkan diri menerima 22 peratus diskaun pada menu-menu terpilih.

Untuk keterangan lanjut, kunjungi Facebook: SugarBun Restaurant dan Instagram: @sugarbun_restaurant_officia1.

Advertisement