Anda di sini

SK Tatau lancar Program Transformasi Sekolah 2025

Advertisement
 Mahmud (tengah), Janudin (dua kanan) serta tetamu lain melancarkan Program Transformasi Sekolah 2025 di SK Tatau.
DILANCAR: Mahmud (tengah), Janudin (dua kanan) serta tetamu lain melancarkan Program Transformasi Sekolah 2025 di SK Tatau.
 Pelancaran Program Transformasi Sekolah 2025 dan Gawai Raya SK Tatau dihadiri pelbagai kaum.
PELBAGAI KAUM: Pelancaran Program Transformasi Sekolah 2025 dan Gawai Raya SK Tatau dihadiri pelbagai kaum.

PENEKANAN kepada usaha untuk memantapkan kemenjadian murid sedang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di Tatau yang antaranya melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau yang melancarkan Program Transformasi Sekolah 2025 di dewan sekolah itu baru-baru ini.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Mahmud Karim dan dihadiri oleh Ketua Unit Kurikulum

Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Florence Tampang, Ketua Jabatan Pengurusan Kurikulum Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Sarawak Samen Sanggod, Guru Besar SK Tatau

Janudin Ab Rahman, Penolong Pegawai Daerah Tatau Mohd Dino Amid, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tatau Danielson Tajak dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bintulu Muhd Safwan Abdullah.

Majlis itu turut dihadiri ketua-ketua masyarakat, ibu bapa dan 500 murid sekolah terbabit selain kakitangan SK Tatau.

Dalam pada itu Mahmud berkata, kemenjadian murid adalah elemen penting Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi membentuk murid yang berpengetahuan, berkemahiran

memimpin, berkemahiran berfikir, berkemahiran dwi bahasa, mempunyai nilai dan etika yang baik serta mempunyai semangat nasional yang tinggi.

 Mahmud (empat kiri) menyampaikan duit raya kepada murid-murid yatim dan kurang berkemampuan.
DUIT RAYA: Mahmud (empat kiri) menyampaikan duit raya kepada murid-murid yatim dan kurang berkemampuan.

Beliau memuji masyarakat setempat termasuk ibu bapa yang menyokong program itu yang pastinya akan mampu mencapai kejayaan untuk murid-murid sebagai pemimpin

pelapis serta menjadi rakyat yang baik dan berintegriti pada masa hadapan.

Katanya, guru-guru juga diseru memberikan komitmen sepenuhnya ketika mengajar, berfikiran kreatif dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta melaksanakan

cara pengajaran yang menyeronokkan untuk memastikan murid-murid mampu mencapai kejayaan cemerlang.

Pada majlis sama turut diadakan sambutan Gawai Raya di dewan berkenaan dengan para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah.

  • oleh
  • Advertisement