Anda di sini

Selamat datang ‘ke kelab kami’, kata Beckenbauer kepada Deschamps

Advertisement

BERLIN, Jerman: Franz Beckenbauer, yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan juga jurulatih, mengalu-alukan Didier Deschamps “ke kelab kami!” Selasa lepas.

Beckenbauer memenangi Piala Dunia sebagai pemain bersama Jerman Barat pada 1974 dan kemudian sebagai jurulatih Jerman pada 1990. Beliau mengekori jejak Mario Zagallo dari Brazil, yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain pada 1958 dan 1962 dan kemudian sebagai jurulatih pada 1970 dan penolong jurulatih pada 1994.

Deschamps memenangi Piala Dunia sebagai pemain bersama Perancis pada 1998 dan Ahad lepas, memenanginya sebagai jurulatih kebangsaan Perancis, yang menewaskan Croatia 4-2 di final Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Sekarang kami bertiga,” kata Beckenbauer kepada akhbar Jerman, Bild. “Mungkin kami harus berkumpul bersama.”

Seperti Beckenbauer, Deschamps menjadi kapten ketika menjulang trofi Piala Dunia sebagai pemain dan ia adalah sangat menarik bagi bintang legenda bola sepak Jerman itu.

“Anda akan secara automatik belajar bagaimana untuk memimpin sebuah pasukan,” kata beliau. “Ia membantu saya apabila saya menjadi jurulatih.”

“Dari semua pasukan pilihan Piala Dunia, hanya pasukan Perancis mengharungi kejohanan secara konsisten.”

Beckenbauer menambah beliau memikirkan kelab mereka seharusnya lebih besar.

“Ia mengejutkan di mana dalam era panjang Piala Dunia, sejak dari 1930, hanya sejumlah kecil yang ada,” kata beliau. “Ada yang mencuba, sebagai contoh Maradona tetapi gagal.” — AFP

Advertisement