Anda di sini

Rasuah: Bekas Penolong Jurutera Perhutanan direman enam hari

Advertisement
 Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi dua individu untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret semalam, bagi membantu siasatan berhubung meminta rasuah bagi mendapatkan projek. — Gambar Bernama
BANTU SIASATAN: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi dua individu untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret semalam, bagi membantu siasatan berhubung meminta rasuah bagi mendapatkan projek. — Gambar Bernama

GEORGE TOWN: Seorang bekas Penolong Jurutera Jabatan Perhutanan negeri dan pemilik sebuah syarikat direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah bagi mendapatkan projek di agensi berkenaan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Jenayah George Town Muna Maria Azmi bermula semalam hingga Isnin depan.

Kedua-dua lelaki berkenaan  disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan mereka yang masing-masing berusia 33 tahun dan 45 tahun itu disyaki meminta dan menerima suapan bagi membantu syarikat terbabit mendapatkan sebarang kerja dan tender yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan. — Bernama

Advertisement