Anda di sini

Everrise Vivacity anjur ‘Scoopy Colouring Contest’ pada 21 Julai

Advertisement
 (Dari kiri) Eksekutif Coramax Mall A&P Gary Chan, Pengurus Coramax Mall Morgan Chai, Pengurus Cawangan Everrise Vivacity Jessie Hee, Pengurus Jualan Vill Ice Cream Colin Phang dan Eksekutif Everrise Vivacity Tan Lee Fang menunjukkan promosi aktiviti kepada orang ramai.
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Eksekutif Coramax Mall A&P Gary Chan, Pengurus Coramax Mall Morgan Chai, Pengurus Cawangan Everrise Vivacity Jessie Hee, Pengurus Jualan Vill Ice Cream Colin Phang dan Eksekutif Everrise Vivacity Tan Lee Fang menunjukkan promosi aktiviti kepada orang ramai.

KUCHING: Everrise Vivacity akan mengadakan ‘Scoopy Colouring Contest’ dengan kerjasama Vill Ice Cream pada 21 Julai ini

Penyertaan pertandingan mewarna ini adalah percuma dan dibuka kepada semua kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun.

Para peserta diminta untuk membawa bahan-bahan mewarna serta meja dan kerusi mudah alih sendiri.

Pertandingan akan bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 4 petang.

Pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga akan menerima baucar tunai Everrise masing-masing bernilai RM50, RM30, RM20, dan satu piala untuk setiap pemenang. Hadiah misteri pula akan diberikan sebagai hadiah sagu hati.

Di samping itu, pertandingan makan aiskrim untuk kanak-kanak akan diadakan pada 29 Julai (Ahad) di Everrise Vivacity.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di Everrise Vivacity.

Advertisement