Anda di sini

Elite, Elite 3 dan Air Strike terus dominasi boling

Advertisement
 Pemain Elite 3, Alfred Chong (kiri) dan Benny Teo bergambar bersama.
TERUS BERSAING: Pemain Elite 3, Alfred Chong (kiri) dan Benny Teo bergambar bersama.

KUCHING: Pasukan Elite, Elite 3 dan Air Strike mengekalkan dominasi tiga kedudukan teratas Liga Beregu 180 & Ke Bawah  Megalanes Adventure World 180 selepas bersaing hebat dalam lapan minggu.

Pada aksi minggu lepas, Elite yang diwakili Adrian Koh, Danny Edward Hii, Lim Cho Kwang dan Lucas Lim menewaskan Pin Bangers 10-5 untuk mengumpul skor Peterson sebanyak 163.59.

Kekal menduduki tempat kedua Elite 3 menampilkan Alfred Chong, Evelyn Lee dan Benny Teo selepas menjinakkan On Sik On 8-7 dalam satu lagi perlawanan.

Manakala, Air Strike juga tidak berganjak dari kedudukan ketiga meskipun gandingan kuartet Muhd Massaddiq, Mohd Haroun Ponik, Muhd Syarifuddin dan Mohd Reszuan tewas 2-13 kepada Highlander.

Kesempatan itu dissambar oleh 77 United Bowlers untuk naik ke tangga keempat dengan kemenangan 11-4 ke atas Putra J Bowlers.

Dalam pada itu, pemain Elite 3 Benny Teo kekal mendahului kategori Individual High Game dengan 275 permainan pada minggu pertama.

Diikuti Muhd Mussaddiq dari Air Strike di tempat kedua manakala rakan sepasukan beliau, Mohd Rezuan mendominasi kategori Individual High Series.

Kategori Team High Game dikuasai Elite 3 dengan jatuhan 491 pin sambil diekori Elite dengan 469 pin.

Pasukan Air Strike pula menguasai kategori Team High Series mengatasi Elite.

Manakala perebutan Best Ladies Award masih memihak kepada Marzainah Jayamara yang mewakili Air Strike ketika ini.

Advertisement