Anda di sini

SST tidak bebankan rakyat: Shafie

Advertisement
SHAFIE.
SHAFIE.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri yakin pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan membebankan rakyat.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, sistem berkenaan perlu dinaiktaraf dan diperjelaskan dengan lebih lanjut.

"Bagi kita, tidak ada masalah cuma perlu ada pemantauan daripada pihak berwajib.

"Ini bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan kerana sistem SST tidak membabitkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Shafie berkata, pihak berwajib perlu memberi penjelasan terperinci kepada pihak pelaksana yang akan menyediakan sistem SST.

  • oleh
  • Advertisement