Anda di sini

Polis tahan tiga pengedar dadah

Advertisement
 

KOTA BELUD: Tiga pengedar dadah ditahan sepasukan polis dalam beberapa siri serbuan berasingan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata kesemua suspek berumur 33 hingga 53 tahun ditahan antara 3 dan 16 Julai.

Katanya kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, pihaknya berjaya menahan sejumlah 12 penagih berulang.

Menurutnya penagih dadah tegar yang ditahan lebih dari sekali mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 akan dikenakan denda lebih berat mengikut

Seksyen 39C ADB 1952 dengan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih tujuh tahun dengan sebatan.

  • oleh
  • Advertisement