Anda di sini

PGA tahan tekong bersama empat penumpang

Advertisement
LIMA ditahan termasuk tekong ketika cuba menyelinap masuk ke perairan negara.
LIMA ditahan termasuk tekong ketika cuba menyelinap masuk ke perairan negara.

TAWAU: Pasukan Gerakan AM (PGA) Tawau menggagalkan cubaan seorang tekong bot laju menyeludup masuk empat pendatang tanpa izin (PTI) ke negara ini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Supt Mustapha Othman berkata kehadiran bot laju itu dikesan di perairan Pulau Sadam, dekat Pulau Sebatik, kira-kira jam 9 malam.

“Tekong dan keempat-empat penumpangnya yang berusia 21 hingga 46 tahun ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata bot laju dan enjin sangkut berkapasiti 40 kuasa kuda yang dianggarkan bernilai kira-kira RM14,000 turut dirampas, termasuk dua beg berisi pakaian.

BOT laju dan enjin sangkut yang digunakan oleh tekong terbabit turut dirampas.
BOT laju dan enjin sangkut yang digunakan oleh tekong terbabit turut dirampas.

Menurutnya, kejayaan itu hasil maklumat penyeludupan migran yang membawa kepada rondaan sepasukan pegawai dan anggota PGA dari Pos Platun Tak Wallace Bay.

“Rondaan PGA yang dijalankan dengan menaiki bot PFC 93 itu, berjaya mengesan kehadiran sebuah bot laju berwarna biru yang mencurigakan di perairan Pulau Sadam.

“Semasa cuba menahan, bot terbabit terus memecut laju namun dikejar sehinggalah berjaya ditahan sebelum pemeriksaan dijalankan terhadap tekong dan penumpangnya.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007/ 2010,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement