Anda di sini

Penganggur didakwa cabul wanita di tandas

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita di dalam sebuah tandas pusat-membeli-belah.

Bensamir Bajad, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah, oleh itu Majistret Stephine Sherron Abbie menetapkan pengurusan kes pada 31 Julai terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah mencabul mangsa yang berusia 31 tahun, pada 17 Julai jam 9.45 malam, di dalam sebuah tandas tingkat bawah, 1Borneo, di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda, atau sebat, atau dua daripadanya.

Sementara menunggu kes selesai, Bensamir dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

  • oleh
  • Advertisement