Anda di sini

Muis terima hampir RM2 juta zakat perniagaan

Advertisement
JUHAR (tengah) menyaksikan penyampaian replika cek oleh Shukry kepada Hasbullah (lima dari kanan).
JUHAR (tengah) menyaksikan penyampaian replika cek oleh Shukry kepada Hasbullah (lima dari kanan).

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) hari ini menerima hampir RM2 juta zakat perniagaan daripada Bank Rakyat dan Celcom Axiata Berhad.

Masing-masing menyumbang hasil kutipan zakat bagi tahun 2017 berjumlah RM1,798,146 dan RM149,264 yang disampaikan oleh Pengurus Bank Rakyat Tan Sri Shukry Mohd Salleh serta Ketua Perhubungan

Kerajaan dan Tanggungjawab Sosial Korporat Celcom Axiata Berhad Saiful Bahrin Abd Ghaffar.

Penyerahan zakat perniagaan berkenaan disampaikan kepada Pengerusi Muis Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Mohd Taha dan disaksikan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahirudin di Istana Negeri.

Shukry ketika bercakap kepada media berharap lebih banyak zakat dapat dikutip bagi membantu lebih ramai golongan asnaf di negeri ini.

Advertisement