Anda di sini

Julaihi meriahkan sambutan Gawai-Raya di DUN Sebuyau

Advertisement
__alt__
 Julaihi menyampaikan cek geran untuk PIBG Sekolah Zon Sebangan 2018 di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau.
BANTUAN: Julaihi menyampaikan cek geran untuk PIBG Sekolah Zon Sebangan 2018 di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau.

MAJLIS sambutan Gawai-Raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau baru-baru ini disambut meriah dengan kehadiran lebih 1,000 penduduk kampung berbilang kaum dan agama.

Majlis itu yang juga menyaksikan penyerahan cek geran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Zon Sebangan 2018 diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau.

 Julaihi dan Saadiah disambut mesra oleh penduduk kampung sebaik tiba untuk majlis sambutan Gawai-Raya dan Penyerahan Cek Geran PIBG Sekolah Zon Sebangan 2018 di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau.
SELAMAT DATANG: Julaihi dan Saadiah disambut mesra oleh penduduk kampung sebaik tiba untuk majlis sambutan Gawai-Raya dan Penyerahan Cek Geran PIBG Sekolah Zon Sebangan 2018 di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau.

Turut hadir menyerikan sekali gus menyempurnakan majlis itu ialah Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau.

Beliau yang segak mengenakan pakaian baju Melayu turut ditemani oleh isterinya, Datin Saadiah Buji, ketua masyarakat serta beberapa tetamu kehormat yang lain.

Pelbagai aktiviti dan juadah disediakan bagi menyerikan lagi majlis tersebut yang menjadi platform untuk bertanya khabar selain dapat merapatkan silaturahim, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama antara pemimpin masyarakat dengan penduduk kampung.

 Julaihi melakukan upacara simbolik perasmian sambutan Gawai-Raya dan Penyerahan Cek Geran PIBG Sekolah Zon Sebangan 2018 di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau. Turut kelihatan, Saadiah serta tetamu kehormat lain.
RASMI: Julaihi melakukan upacara simbolik perasmian sambutan Gawai-Raya dan Penyerahan Cek Geran PIBG Sekolah Zon Sebangan 2018 di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau. Turut kelihatan, Saadiah serta tetamu kehormat lain.
 Julaihi ditemani Saadiah merakamkan gambar bersama tetamu kehormat lain pada majlis sambutan Gawai-Raya dan Penyerahan Cek Geran PIBG Sekolah Zon Sebangan 2018 di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau.
KENANGAN: Julaihi ditemani Saadiah merakamkan gambar bersama tetamu kehormat lain pada majlis sambutan Gawai-Raya dan Penyerahan Cek Geran PIBG Sekolah Zon Sebangan 2018 di Dewan Masyarakat Kampung Sampat Sebangan, Sebuyau.
  • oleh
  • Advertisement