Anda di sini

Gelombang haba maut selubungi Jepun

Advertisement
 Seorang sukarelawan bantuan mangsa banjir mengerutkan mukanya ketika berehat seketika di kawasan terjejas di Kurashiki, Okayama pada Sabtu lalu. — Gambar Reuters
KEPANASAN: Seorang sukarelawan bantuan mangsa banjir mengerutkan mukanya ketika berehat seketika di kawasan terjejas di Kurashiki, Okayama pada Sabtu lalu. — Gambar Reuters

TOKYO: Gelombang haba yang kuat membunuh sekurang-kurangnya 14 orang sepanjang hujung minggu lalu di Jepun, lapor media  semalam, dan suhu yang tinggi menjejaskan pemulihan di beberapa kawasan yang dilanda banjir di mana lebih 200 maut minggu lepas.

Suhu pada Isnin lepas, yang merupakan hari cuti umum, melebihi 39 darjah Celsius  di beberapa kawasan pedalaman dan diburukkan kelembapan tinggi yang menghasilkan keadaan berbahaya, menurut Agensi Meteorologi Jepun ((JMA).

Sekurang-kurangnya 14 mati akibat haba panas sepanjang hujung minggu yang panjang, menurut laporan media, termasuk seorang wanita berusia 90-an yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah ladang.

Ribuan lagi menerima rawatan di beberapa hospital bagi masalah yang berkaitan dengan haba.

Haba tersebut paling teruk di beberapa kawasan yang kekurangan tanah seperti wilayah Gifu, di mana suhu mencecah 39.3 darjah Celsius di pekan Ibigawa kelmarin, paling panas di negara ini.

Bandar utama Tokyo telah merekodkan ketinggian sehingga 34 darjah Celsius kelmarin.

Suhu di beberapa bahagian di barat Jepun yang dilanda banjir mencecah sehingga 34.3 darjah Celsius waktu tengah hari semalam, menghasilkan  keadaan yang berbahaya bagi kakitangan tentera dan anggota sukarelawan yang  membersihkan lumpur dan serpihan.

 “Cuaca amat panas dan kami hanya mampu meminum air,” seorang lelaki di Okayama memberitahu televisyen NHK .

Suhu setinggi 35 darjah Celsius atau ke atas, dikenali di Jepun sebagai hari-hari yang sangat panas, direkodkan di 200 lokasi sekitar Jepun pada Ahad lepas, menurut JMA,  yang mana luar biasa pada Jun namun dijangkakan.

Suhu tinggi yang sama dilaporkan 213 lokasi pada satu hari Julai pada 2014.

Pasda tahun lepas, 48 maut akibat haba panas di antara Mei dan September, dengan 31 kematian pada Julai, menurut Agensi Pengurusan  Kebakaran dan Bencana.

Gelombang haba semasa dijangka melapisi dua sistem tekanan tinggi di seluruh Jepun dan berterusan  sepanjang minggu, jelas JMA. — Reuters

Advertisement