Anda di sini

Aidilfitri himpun masyarakat Melanau Dalat di Kuching

Advertisement
 Abang Johari dan Juma’ani merakam kenangan bersama tetamu kehormat serta sebahagian masyarakat Melanau dari Dalat, Oya dan Kut pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
UNTUK ALBUM: Abang Johari dan Juma’ani merakam kenangan bersama tetamu kehormat serta sebahagian masyarakat Melanau dari Dalat, Oya dan Kut pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
 Sebahagian daripada masyarakat Melanau yang berasal dari Dalat, Oya dan Kut yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.
TIDAK LEPAS PELUANG: Sebahagian daripada masyarakat Melanau yang berasal dari Dalat, Oya dan Kut yang hadir pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri e-DOK.

PENGANJURAN Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK buat kali kedua baru-baru ini disertai lebih 1,000 orang yang terdiri daripada kaum Melanau dari Dalat, Oya dan Kut.

Kali pertama dianjurkan pada tahun lalu, bertempat di Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Petra Jaya selepas e-DOK yang dahulunya I.D.O.K (Igan, Dalat, Oya dan Kut), sekali gus mengaktifkan e-DOK sesuai perkembangan era digital.

Majlis yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu merupakan landasan menghimpunkan kaum Melanau dari tiga daerah itu yang bermastautin di Kuching.

Selain menghidangkan masakan yang rutin setiap kali menyambut Hari Raya seperti kari ayam, sate, ketupat serta lemang, majlis ramah-tamah Aidilfitri kali ini menyediakan makanan tradisional masyarakat Melanau.

 KPPRS mendendangkan beberapa buah lagu raya untuk memeriahkan lagi suasana Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK.
MENGHIBURKAN: KPPRS mendendangkan beberapa buah lagu raya untuk memeriahkan lagi suasana Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK.

Linut, sagu, sayur keladi, pipuh, umai serta tebaloi antara masakan tradisi Melanau yang disediakan di enam gerai pameran dibuka oleh Zon Oya, Zon Tengah, Zon Dalat, Zon Kekan, Zon Medong dan Zon Persatuan Melanau Kuching (PMK).

 Fatimah menyediakan linut sambil diperhatikan Abang Johari dan Juma’ani.
MAHIR: Fatimah menyediakan linut sambil diperhatikan Abang Johari dan Juma’ani.
 Orang ramai yang hadir pada Majlis Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK tidak mahu melepaskan peluang merasai makanan tradisi Melanau disediakan oleh salah satu gerai pameran.
INGIN CUBA: Orang ramai yang hadir pada Majlis Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri e-DOK tidak mahu melepaskan peluang merasai makanan tradisi Melanau disediakan oleh salah satu gerai pameran.

Selain itu bagi memeriahkan lagi suasana majlis Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) mendendangkan beberapa lagu raya selain Kumpulan Sri Melanau, PMK yang membuat persembahan tarian tradisional kaum Melanau.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jama’ani Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah, ADUN Tellian Yussibnos Balo dan ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi.

  • oleh
  • Advertisement