Anda di sini

Abg Johari lancar Pertandingan Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpulan DUN

Advertisement
 Abang Johari (tiga kiri) mengambil gambar sebagai gimik pelancaran Pertandingan Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpulan DUN sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-150 DUN. Turut kelihatan Asfia (tiga kanan), Masing (dua kanan), Awang Tengah (kanan), Manyin (kiri) dan Naroden (dua kiri).
SIMBOLIK: Abang Johari (tiga kiri) mengambil gambar sebagai gimik pelancaran Pertandingan Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpulan DUN sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-150 DUN. Turut kelihatan Asfia (tiga kanan), Masing (dua kanan), Awang Tengah (kanan), Manyin (kiri) dan Naroden (dua kiri).

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam melancarkan Pertandingan Fotografi, Swafoto dan Swafoto Berkumpulan Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-150 DUN.

Pertandingan itu akan diadakan dari 1 hingga 31 Ogos 2018.

Pengerusi penganjur, Datuk Francis Harden Hollis berkata pertandingan itu terbuka kepada pelbagai kategori dan mereka yang mempunyai kamera (DSLR) atau ‘Point and Shoot Camera’ boleh menyertai kategori terbuka atau di bawah kategori kolej/universiti/institusi pengajian tinggi atau di bawah kategori sekolah menengah (13-17 tahun), selain kategori terbuka bagi fotografi swafoto atau swafoto berkumpulan menggunakan telefon bimbit.  

“Pertandingan fotografi ini terbuka kepada warga Malaysia atau pelancong asing kerana kita mahu mempromosikan Kompleks DUN dan semua foto mesti diambil dalam lingkungan kompleks,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Media DUN di sini semalam.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Tan Sri Datuk Amar James Masing, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais, ADUN Telang Usan Dennis Ngau dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

“Gambar penyertaan yang dihantar mesti saiz salinan cetak dan dicetak dalam saiz 8x12 inci dan diiringi salinan digital juga dalam saiz 8x12 inci.

“Borang pertandingan boleh dimuat turun daripada @www.dun.sarawak.gov.my atau diambil daripada pengerusi jawatankuasa kecil pertandingan di Nonakraf Communication Sdn Bhd, No.59 Rumah Kedai, Taman Heng Guan, Jalan Matang, Kuching dari 1 hingga 31 Ogos,” kata Abang Johari.

Penyertaan adalah percuma dan tarikh tutup bagi penyertaan pada 31 Ogos jam 12 tengah hari.

“Dalam kategori fotografi kamera, pemenang akan menerima RM5,000 dan sebuah trofi manakala untuk kategori swafoto dan swafoto berkumpulan, pemenang akan menerima RM3,000 dan trofi. Hadiah juga akan disediakan untuk naib juara dan tempat ketiga manakala hadiah sagu hati akan disediakan untuk pelbagai kategori,” katanya.  

Semua penyertaan mesti dikemukakan dan mesti dihantar menerusi pos kepada Pengerusi, Jawatankuasa Kecil Pertandingan Fotografi/Selfie/Wefie, d/a Pejabat Dewan Undangan Negeri Sarawak, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya, 93502 Kuching atau Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertandingan Fotografi/Selfie/Welfie, Nonakraf Communication Sdn Bhd, No.59 Rumah Kedai, Taman Heng Guan, Jalan Matang,Kuching.

Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi talian 082-445 723.

Advertisement