TAWAU: Seorang warga emas yang cedera parah di bahagian muka dan dada akibat tersepit di bahagian stereng keretanya dalam kemalangan, disahkan meninggal dunia.
Warga emas, Ho Chee Hien, lelaki, 65, kerani, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pantai, Simpang Lorong Hua Dat di sini, kira-kira jam 6.30 petang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kereta dipandu kerani berkenaan berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pelajar tingkatan lima, 17.
“Soal siasat mendapati remaja lelaki itu tidak memiliki lesen memandu,” katanya, sambil mengesahkan siasatan dibuka mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Fadil berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda itu disyaki tidak mabuk, namun sampel darahnya sudah diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
