Anda di sini

SST tidak akan bebankan rakyat - Guan Eng

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memandangkan kerajaan hanya akan mengutip RM21 bilion setahun dan ‘memulangkan’ perbezaan RM23  bilion kepada mereka, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng (foto).

Beliau berkata kutipan SST diunjurkan hanya RM21 bilion bagi setahun penuh berbanding unjuran GST kerajaan  terdahulu sebanyak RM44 bilion bagi 2018.

 “Tuduhan palsu oleh Umno bahawa SST akan membebankan rakyat berbanding GST tidak logik.

“Menurut mereka, pengumuman saya bahawa pengenalan semua sistem percukaian lama dengan cukai jualan pada 10 peratus dan cukai perkhidmatan sebanyak  enam peratus bermakna kadar cukai adalah pada 16 peratus, lebih tinggi berbanding enam persatu GST,” katanya menerusi satu kenyataan.

Lim berkata ini tidak benar, kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan dan cukai perkhidmatan, ‘seperti menyamakan epal dan limau.” - Bernama
 

Advertisement