Anda di sini

Pengarah, tiga kontraktor terlibat rasuah direman

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang pengarah jabatan kerajaan dan tiga kontraktor di sini direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan urusan perkapalan melibatkan sebuah jabatan kerajaan di sini yang disyaki berlaku antara 2016 hingga 2018.

Pengarah jabatan kerajaan itu dan dua pengarah syarikat kontraktor masing-masing direman empat hari manakala seorang pengarah syarikat kontraktor lagi direman dua hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan daripada Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basiruddin.

Kesemua individu yang berumur antara 30-an dan 40-an itu ditangkap SPRM di sekitar Kota Kinabalu semalam sebelum dibawa ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.

Mohd Faliq berkata, kesemua empat tertuduh disiasat mengikut Seksyen 17 A Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika disabit kesalahan. - Bernama
 

Advertisement