Anda di sini

Pejabat daerah musnah

Advertisement
 Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bangunan Pejabat Daerah Trusan semalam.
MARAK: Anggota bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran bangunan Pejabat Daerah Trusan semalam.

LAWAS: Pejabat Daerah Trusan ranap sekelip mata dalam kebakaran yang berlaku pagi semalam.

Kebakaran berlaku jam 11.31 pagi itu mengakibatkan pejabat kerajaan dua tingkat berstruktur separuh kekal itu ranap keseluruhan.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Emboh berkata dalam insiden itu dua kakitangan kerajaan berjaya menyelamatkan diri.

“Terdapat enam pekerja di pejabat daerah tersebut dan dua pekerja berada di pejabat ketika kejadian.

“Bagaimanapun, mereka berjaya menyelamatkan diri dan tidak melibatkan kecederaan mangsa,” katanya di sini semalam.

Edmund berkata, anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak melakukan pemadaman menggunakan sumber air daripada jentera dan pili bomba.

Seramai 10 anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II Celica Thomas bergegas ke lokasi kejadian.

Turut berada di lokasi Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim, Ketua Balai Bomba Lawas Zaki Hussin dan Ketua Pentadbir Pejabat Daerah Kecil Trusan Anderson Daboil Lasong.

  • oleh
  • Advertisement