Anda di sini

Ketengah pelancongan di pantai timur Sabah

Advertisement
PESERTA bengkel tidak ketinggalan bergambar bersama para tetamu jemputan.
PESERTA bengkel tidak ketinggalan bergambar bersama para tetamu jemputan.

KOTA KINABALU: Operator pelancongan disaran lebih mengetengahkan pelancongan di kawasan pantai timur negeri ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal Alian berkata, masih banyak kawasan yang memiliki tarikan pelancongan belum diterokai di pantai timur.

"Sebagai contoh, kita boleh cadangkan kawasan Darvel Bay di Lahad Datu untuk diwartakan sebagai kawasan Taman Marin.

"Selain kaya dengan terumbu karang, kawasan Darvel Bay ini juga dipenuhi dengan hidupan laut yang sangat menarik," katanya di sini hari ini.

Assafal ditemui media selepas mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew merasmikan Bengkel 'Intermediate Digital Tourism' anjuran Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

Menurutnya, setakat ini belum ada apa-apa aktiviti pelancongan dijalankan di kawasan berkenaan.

Pihaknya akan menjalankan kajian menyeluruh untuk melihat potensi yang boleh dimajukan sebagai produk pelancongan baharu.

"Cadangan ini juga akan membabitkan program inap desa (homestay) yang dikendalikan komuniti setempat memandangkan Darvel Bay masih kekurangan hotel bertaraf empat dan lima bintang.

"Justeru, ini juga membuka peluang kepada komuniti setempat untuk bergiat dalam industri pelancongan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement