Anda di sini

Kelab Rekreasi Hotel Tanahmas rai kakitangan dengan Majlis Gawai Raya

Advertisement
__alt__
SIAPA MENANG?: Majlis dimeriahkan dengan permainan mengutip kacang menggunakan penyepit
SIAPA MENANG?: Majlis dimeriahkan dengan permainan mengutip kacang menggunakan penyepit

BAGI berkongsi kemeriahan perayaan bersama kakitangannya, Kelab Rekreasi Hotel Tanahmas menganjurkan Majlis Gawai Raya di Hotel Tanahmas di Sibu, baru-baru ini.

Berucap merasmikan majlis itu, Pengarah Urusan Hotel Tanahmas Clarence Ting berkata, tahun ini agak istimewa kerana beberapa peristiwa penting berlaku kurang daripada enam minggu.

“Tahun ini kita menyaksikan berlaku perubahan kerajaan yang baharu, tidak lama selepas itu kita menyambut Hari Gawai Dayak, disusuli dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Jika dikira, semua ini berlaku hanya kurang daripada enam minggu sahaja,” katanya kepada kira-kira 200 hadirin.

 Kakitangan Hotel Tanahmas mempersembahkan tarian poco-poco.
MENGHIBURKAN: Kakitangan Hotel Tanahmas mempersembahkan tarian poco-poco.

Beliau juga berkata, semasa musim perayaan ini, suasana hotel menjadi sedikit sunyi kerana ramai kakitangannya yang menyambut Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bercuti untuk pulang ke kampung masing-masing.

“Bagaimanapun, hotel ini tetap beroperasi seperti biasa untuk pelanggan kita,” katanya yang turut merakam ucapan terima kasih kepada semua pelanggannya yang sentiasa menyokong hotel berkenaan.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan lagu raya dan Gawai, poco-poco, tarian ngajat dan banyak lagi.

  • oleh
  • Advertisement