Anda di sini

Bukan warganegara tidak dipromosi dalam pelancongan

Advertisement
 SUZAINI.
SUZAINI.

KOTA KINABALU: Laluan perairan yang terdapat etnik Bajau Laut (Palauh) tidak ada dalam promosi pakej pelancongan di negeri ini.

Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Suzaini Sabdin Ghani berkata, pihaknya tidak mempromosikan golongan yang berstatus bukan warganegara.

Menurutnya, para pengusaha pelancongan terutama pemandu pelancong turut diingatkan supaya tidak menggunakan kawasan etnik Palauh untuk tarikan pelancong.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video tular membabitkan insiden kanak-kanak Palauh yang dirakam meminta makanan daripada pelancong baru-baru ini.

Suzaini berkata, selepas dimaklumkan mengenai video berkenaan, pihaknya meminta pegawai daerah, polis marin dan pengusaha pelancongan untuk mengambil tindakan segera.

"Ini hanya kes terpencil dan tindakan wajar sudah diambil. Kita tidak mahu ia menjejaskan pelancongan di Sabah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan yang diambil dalam menangani isu berkenaan turut melihat kesan jangka panjang.

Terdahulu, Suzaini menghadiri majlis Perasmian Bengkel 'Intermediate Digital Tourism' anjuran STB yang dirasmikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assaffal Alian.

  • oleh
  • Advertisement