Anda di sini

Sambutan raya harmoni Khoi Ming tampil pelbagai etnik

Advertisement
ANTARA kelas ceria dilawati Tham bersama para tetamu.
ANTARA kelas ceria dilawati Tham bersama para tetamu.

KOTA MARUDU: Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Khoi Ming di sini meraikan 700 murid pelbagai kaum si sekolah itu dalam sambutan hari raya pada Sabtu.

Guru Besar Tham Yen En berkata sambutan itu juga turut menandakan 80 tahun sekolah itu diasaskan sekali gus telah mengabadi kepada beberapa generasi murid yang berjaya memperbaiki hidup.

“Syukur kerana sambutan hari raya di sekolah ini begitu harmoni yang dianjurkan bersama Panitia Islam dan juga PIBG,” kata Tham yang bersara wajib tahun ini.

Menurut Tham, sekolah itu menjadi contoh terbaik dalam membentuk dan menyemai perpaduan kaum di mana lebih 15 etnik murid bersekolah di sekolah berkenaan.

Dalam majlis pembukaan, seramai 400 murid mengenakan pelbagai jenis pakaian tradisi yang kemudian menari bersama beberapa rangkaian tarian sebagai sambut tamu para hadirin.

Antara tarian yang dipersembahkan ialah tarian inang joget, sumazau dan tarian kipas dikelolakan oleh seorang penggiat seni, Jamadil Maulana sejak Mac lalu.

SUMAZAU antara yang ditarikan 400 murid.
SUMAZAU antara yang ditarikan 400 murid.

Hadirin dan pelajar kemudian menghadap hidangan yang diadakan di setiap kelas menjadikan acara makan itu menarik kerana pelbagai juadah makanan, minuman, kek dan kuih raya disajikan.

Turut hadir ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lembaga Sekolah, guru-guru dan ibu bapa.

  • oleh
  • Advertisement