Anda di sini

Kira-kira 2,000 ahli Umno Kalabakan keluar parti

Advertisement
MUIS menerima senarai nama bekas ahli-ahli Umno Kalabakan yang berhasrat untuk menyertai Warisan.
MUIS menerima senarai nama bekas ahli-ahli Umno Kalabakan yang berhasrat untuk menyertai Warisan.

TAWAU: Kira-kira 2, 000 ahli Umno Kalabakan dari 45 cawangan mengisytiharkan diri mereka keluar parti untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) di sini pada Ahad.

Tindakan itu turut disertai Pengerusi Tetap Umno Kalabakan Mohd Nazri Durahman serta beberapa bekas ahli jawatankuasa bahagian dan ketua-ketua cawangan Umno Kalabakan.

Difahamkan, keputusan terbabit dibuat kerana mereka inginkan perubahan kepimpinan, pembanguan yang bakal dirancang dan dilaksanakan demi untuk keselesaan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebatik Datuk Abdul Muis Picho optimis lebih ramai ahli Umno Kalabakan akan mengikut jejak langkah tindakan bekas-bekas ahli Umno terbabit.

“Tindakan keluar parti memperlihatkan mereka ingin perubahan kepimpinan serta mahu memastikan rakyat terus mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Muis berkata bekas-bekas ahli Umno Kalabakan yang terlibat membuat keputusan mereka secara sukarela tanpa wujudnya sebarang unsur paksaan, imbuhan atau janji.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh mereka selepas mengambil-kira pendapat ahli-ahli cawangan, penduduk setempat selain pengundi dan penyokong di kawasan berkenaan.

“Keputusan itu juga mengambil-kira suasana politik dan kepentingan rakyat khususnya di kawasan Kalabakan,” katanya, yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Kalabakan.

  • oleh
  • Advertisement