Anda di sini

Kepimpinan PKR Tawau terima Osman dengan hati terbuka

Advertisement
GAN menerima borang keahlian lebih 500 ahli baharu PKR dari kawasan DUN Balung yang disampaikan oleh Osman.
GAN menerima borang keahlian lebih 500 ahli baharu PKR dari kawasan DUN Balung yang disampaikan oleh Osman.

TAWAU: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tawau tidak membantah kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung Datuk Osman Jamal sebagai ahli parti itu.

Setiausaha PKR Tawau Gan Chee Chan berkata, pihaknya sudah menerima maklum balas dari peringkat pusat mengenai status ahli-ahli baharu termasuk Osman sebagai ahli PKR.

“Bagi pihak kepimpinan Cabang PKR Tawau, kita menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan kita tidak membantah,” katanya, di Taman Sawit Balung, di sini, pada Ahad.

Gan berkata PKR Tawau juga mengalu-alukan kemasukan lebih 500 ahli baharu dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung yang menyerahkan borang keahlian PKR.

Mengulas lanjut, beliau berkata kepimpinan PKR Tawau yang diketuai oleh Datuk Kong Hong Ming menerima baik penyertaan mereka yang diharap menguatkan lagi parti itu.

  • oleh
  • Advertisement