Anda di sini

Kemabong perlukan perkhidmatan bank

Advertisement
JAMAWI  sedang berbincang dengan pengurus Negeri BSN  Laudin Sudang pada perjumpaan tersebut.
JAMAWI  sedang berbincang dengan pengurus Negeri BSN  Laudin Sudang pada perjumpaan tersebut.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar  berharap cawangan bank dapat diwujudkan di Daerah Kecil Kembong  bagi memudahkan rakyat membuat urusan perbankan.

Menurut beliau, rata-rata penduduk yang dianggarkan berjumlah 28,000 orang di daerah ini terpaksa ke pekan Tenom yang jaraknya kira kira 40 kilometer dari pekan kecil Kemabong untuk berurusan dengan bank.

"Tiba masanya sebuah cawangan bank itu perlu diwujudkan di Kembong  untuk kemudahan penduduk setempat bukan sahaja untuk tujuan berurusan menyimpan dan mengeluarkan simpanan namun ianya melibatkan pembayaran bil setempat," katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengurus Negeri Bank Simpanan Nasional BSN Laudin Sudang di Wisma BSN Karamunsing baru baru ini.

Menurut Jamawi,  majoriti penduduk Kemabong pemegang akaun BSN yang terpaksa berurusan di pekan Tenom  yang sudah beroperasi lebih dari 30 tahun.

"Selain jaraknya jauh timbul juga kesesakan di BSN pekan Tenom terutamanya di hujung dan awal bulan" katanya.

Tambah Jamawi oleh kerana mejoriti penduduk Kemabong pemegang akaun BSN adalah bertepatan bank tersebut membuka cawangannya di Kemabong.

"Perkara ini telah saya ajukan dan bincangkan dengan pengurus Negeri BSN dan kita berharap BSN akan memberikan perhatian serta pertimbangan ke atas permohonan ini," tambah Jamawi

 Menurut beliau lagi pewujudan sebuah cawangan bank di Kemabong selain memberikan kemudahan kepada penduduk setempat ianya juga memberikan kemudahan kepada pelajar sekolah untuk menabung/ menyimpan di mana terdapat beberapa buah sekolah menengah dan rendah di sini.

Advertisement