Anda di sini

Bangkai monyet proboscis di kawasan perlidungan hidupan liar

Advertisement
PENYELIDIK menjalankan bedah siasat ke atas bangkai monyet proboscis jantan.
PENYELIDIK menjalankan bedah siasat ke atas bangkai monyet proboscis jantan.

KOTA KINABALU: Bangkai seekor monyet proboscis jantan ditemukan di kawasan perlindungan hidupan liar Kinabatangan pada pagi Jumaat lepas.

Pegawai Perhubungan Jabatan Hidupan Liar Siti Nur Ain Ampuan Acheh berkata, bangkai monyet remaja itu ditemukan oleh penyelidik tidak jauh dari kawasan Pusat Lapangan Danau Girang.

Pihaknya hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, maklumat berkenaan diberitahu selepas bedah siasat monyet terbabit dijalankan sebelum bangkainya dikubur.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat abses (tumpukan nanah) terbuka pada pinggul dan paru-paru kanan monyet itu.

Katanya, keadaan itu juga dipercayai antara punca yang mengakibatkan kematian monyet proboscis terbabit.

"Laporan lengkap mengenai bedah siasat belum diserahkan kepada jabatan dan punca kematiannya masih belum ditentukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pihaknya masih meneruskan siasatan kes itu kerana ia melibatkan perlindungan sepenuhnya di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Advertisement