Anda di sini

‘Meteor Garden 2018’ kini boleh ditonton di Netflix

Advertisement
__alt__

NETFLIX, khidmat hiburan internet terkemuka di dunia, baru-baru ini mengumumkan bahawa siri Mandarin baharu Meteor Garden 2018 akan mengadakan tayangan perdana pada 13 Julai.

Diskrip, diarah dan diterbitkan oleh pengarah dengan pelbagai bakat Angie Chai yang bergabung dengan penerbit terkenal Adam Tsuei, versi baharu ini akan mencipta semua sensasi yang melanda Asia 17 tahun lalu.

Meteor Garden 2018 memperkenalkan generasi baharu daripada barisan pelakon ‘F4’ yang berbakat termasuk Xu Xi Di, Amber Kuo dan Harlem Yu.

Meteor Garden 2018 mengadakan tayangan perdana secara eksklusif menerusi Netflix secara global kecuali Thailand, Filipina dan Indonesia.

Dalam kebanyakan pasaran APAC, enam episod pertama dapat ditonton pada 13 Julai, 7am PTS / 10pm SGT, dan enam episod baharu ditambah untuk ditonton setiap Jumaat kemudian, manakala Korea dan Jepun akan turut serta pada tarikh kemudian.

“Meteor Garden mengadakan tayangan perdana di 17 buah negara dan menerima sambutan yang baik di seluruh Asia pada 2001,” kata Chai.

“Ia adalah sebuah siri drama yang amat disukai ramai termasuk remaja dan orang dewasa muda. Versi baharu diadaptasi semula untuk generasi milenium daripada cerita, skrip kepada platform tontonan atas permintaan supaya generasi baharu penonton dapat menikmati kisah cinta klasik ini.

“Netflix adalah teratas dalam minda bagi saya sebagai platform untuk menyampaikan pembikinan semula yang klasik ini kerana ia akan mempamerkan karisma unik drama idola Asia kepada audiens global. Meteor Garden baharu juga meletakkan tahap tinggi yang baharu bagi drama idola Mandarin.”

Adam Tsuei, ketua penerbit Meteor Garden, sudah bekerja dengan Chai dalam banyak penerbitan televisyen Mandarin yang popular dan sekali lagi bersatu semula untuk pembikinan semula yang amat dinanti-nantikan ini.

Dia berkata, “Terdapat tekanan yang tinggi untuk mencari sumber dan rakan kongsi yang betul ketika kami membuat keputusan untuk membuat semula klasik pop ini. Berkat rekod kejayaan kami selama ini dan sokongan dari Netflix, reputasi Meteor Garden 2018 mendahului tayangan sulungnya yang sebenar.”

“Netflix mahu mencari cerita-cerita yang menawan dari setiap pelosok dunia untuk ahli-ahli global kami. Meteor Garden adalah klasik yang mesti ditonton.”

Rob Roy, Naib Presiden, Kandungan (Asia) di Netflix, menambah, “Dengan kreativiti dan visi unik Chai untuk drama idola, ia menyeronokkan untuk membawa Meteor Garden 2018 yang sama sekali baharu kepada ahli-ahli global Netflix.

“Ahli-ahli Netflix pasti seronok dengan program ini tidak kira sama ada mereka sudah menjadi peminat atau baharu kepada siri ini.”

Meteor Garden 2018 diskrip, diarah dan diterbitkan oleh Angie Chai, seorang perintis TV di Taiwan. Empat watak lelaki berkenaan akan dilakonkan oleh Dylan Wang (Daoming Si), Darren Chen (Huazelei), Leon Leong (Meizuo) dan Caesar Wu (Ximen).

Dua aktres penting yang akan berlakon adalah Shen Yue (Shancai) dan Xu Xi Di (Daoming Zhuang).

Penampilan istimewa termasuk oleh Amber Kuo dan Harlem Yu. Kisah cinta klasik ini akan ditafsir semula dengan perspektif yang segar dan muda.

Pada 2001, Chai mengadaptasikan manga Jepun, Boys Over Flowers, menjadi siri TV pertama di Asia.

Popularitinya mengilhamkan banyak siri idola dalam tempoh sedekad seterusnya. Siri itu kemudian diadaptasikan ke dalam beberapa bahasa lain di Asia dan menjadi sebuah klasik di Asia.

Advertisement