Anda di sini

Fenny Joseph johan MGM Pesta Magahau Zon Kudat 2018

Advertisement
FENNY Joseph (tengah) bersama Velleryn Vivienne Hikson (kiri) dan Zifani Asung (kanan).
FENNY Joseph (tengah) bersama Velleryn Vivienne Hikson (kiri) dan Zifani Asung (kanan).

KUDAT: Fenny Joseph muncul sebagai johan Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kudat 2018 yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Labuan Sama , di sini hari ini.

Velleryn Vivienne Hikson dan Zifani Asung masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.

Mereka akan mewakili Zon Kudat ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Julai 2018.

Fenny juga dinobatkan sebagai Miss Popular FB, manakala Velleryn muncul sebagai Miss Popular Zon Kudat selepas mendapat undian terbanyak dari pengunjung.

MONURIZAK, Raymond Ajak (tengah) bersama Golda Lucas (kanan) dan Flonica Asangki.
MONURIZAK, Raymond Ajak (tengah) bersama Golda Lucas (kanan) dan Flonica Asangki.

Untuk kategori Mitarab Mindolongoi (Monurizak) Raymond Ajak muncul sebagai johan, manakala Golda Lucas dan Cik Flonica Asangki masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan, naib johan dan tempat ketiga akan mewakili Zon Kudat ke Pertandingan Mindolongoi Peringkat Negeri.

Pegawai Khas Chapli Astari mewakili Wakil Rakyat Tanjong Kapor merangkap Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Ben Chong merasmikan majlis berkenaan.

CHAPLI (duduk, tengah) bersama pemimpin masyarakat setempat pada majlis berkenaan.
CHAPLI (duduk, tengah) bersama pemimpin masyarakat setempat pada majlis berkenaan.
  • oleh
  • Advertisement