Anda di sini

Bilion ringgit bakal dilabur dalam sektor pelancongan Semporna

Advertisement
JAUJAN disambut ketika tiba pada majlis itu.
JAUJAN disambut ketika tiba pada majlis itu.

SEMPORNA: Semporna bakal menerima pelaburan bernilai bilion ringgit khususnya dalam sektor pelancongan yang mana kemudahan prasarana asas bakal dinaik taraf dan diwujudkan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, daerah itu tidaklah seluas seperti daerah lain di Sabah untuk membangunkan sektor perkilangan.

"Di sini kita akan tumpukan kepada pelancongan, terdapat tujuh kumpulan jutawan atau billionaire telah datang ke Semporna untuk meninjau suasana.

"Bagaimanapun, untuk melancarkan pelaburan itu, mereka inginkan daerah ini berada dalam suasana persekitaran yang bersih," katanya ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Daerah Mengundi Bukit Lalang, di sini pada malam Sabtu.

Beliau berkata, kemudahan asas di daerah itu masih perlu dipertingkatkan untuk memanfaatkan potensi destinasi pelancongan di sekitar lautan itu di sini.

Katanya, Semporna mempunyai lautan indah untuk ditawarkan kepada pelancong selain kawasan itu bebas daripada bencana alam.

"Oleh itu masyarakat sini perlu  memberikan kerjasama untuk membersihkan daerah ini bagi menarik pelabur datang.

"Kerajaan juga akan melebarkan laluan jalan raya sehingga ke Tawau selain akan membesarkan lapangan terbang Tawau,"katanya.

  • oleh
  • Advertisement